KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengambil kira semua pandangan yang dicetuskan dalam resolusi Kongres Rakyat Kelantan 2016 bagi memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya mengambil kira semua pandangan dilontar pembentang dan pembahas pada kongres tersebut kerana ia penting bagi memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
Menurutnya, apa juga cadangan yang dilontarkan akan disesuaikan oleh kerajaan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
“Kita terima pakai semua idea demi merakyatkan membangun bersama Islam, cara berkongsi pandangan akan memberi nafas baharu kepada kita sebelum melangkah ke tahun 2017.
“Kerajaan negeri rasa beruntung kerana mempunyai badan bukan kerajaan (NGO) dan badan bertindak yang aktif bersuara demi kesejahteraan semua,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Rakyat Kelantan 2016 di sini, semalam.
Turut hadir, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Pengerusi Kongres Nasional, Mohd Azmi Abdul Hamid, Timbalannya, Mustapha Kamil Ayub dan NGO-NGO.
Terdahulu Ahmad menerima laporan Resolusi dan Agenda Bertindak Rakyat Kelantan yang disampaikan oleh Mustapha dan juga Ketua Sekretariat Kongres Rakyat, Zulkifli Mamat.
Beliau berkata, resolusi tersebut akan dilihat dan dikaji semula berdasarkan kesesuaian peraturan serta undang-undang yang ada di negeri ini.
“Cadangan tersebut akan diberi perhatian oleh Exco dan portfolio yang terlibat. Setiap masalah yang menimpa rakyat kita akan cuba selesaikan, kita ada jalan keluar.
“Tidak semua kita dapat laksanakan, cuma perlu susun atur semula keupayaan kerajaan apa yang boleh dibuat mengikut peruntukkan undang-undang,” katanya.