RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 27 Disember 2016

MOCCIS Furniture tampil penaja skuad Kelantan


MOCCIS Furniture Sdn Bhd (MFSB) tampil menjadi penaja pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga M musim depan. 

KUALA LUMPUR: Semangat sebagai pencinta bola sepak membuatkan syarikat perabot, MOCCIS Furniture Sdn Bhd (MFSB) tampil menjadi penaja pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Syarikat terbabit juga mengetepikan semangat kenegerian apabila menjadi 'orang luar' yang sanggup menaja pasukan itu dan semuanya dibuat atas dasar mahu melihat bola sepak di negara ini terus berkembang. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Hasry Sham Chasmen mengakui pihaknya terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Kelantan kerana tidak mahu melihat jaguh Pantai Timur itu tenggelam dalam kancah bola sepak negara kerana berdepan kekangan kewangan. 

"Kita tahu Kelantan adalah antara pasukan yang besar di negara ini dan sayang jika mereka terpaksa menarik diri daripada saingan Liga M musim depan kerana ia boleh merencatkan seri bola sepak tempatan. 

"Sama ada berbaloi atau tidak menjadi penaja pasukan itu, ia tidak menjadi isu kerana kami tidak mahukan pulangan dalam bentuk kewangan. Kami hanya mahukan Kelantan meraih sekurang-kurangnya satu piala musim depan," katanya ketika ditemui di Balai Berita, semalam. 

Syarikat yang menaja Kelantan dengan nilai jutaan ringgit itu menyasarkan tempoh penajaan selama lima tahun sehingga 2021. 

Walaupun penajaan itu berdasarkan nilai yang sudah ditetapkan untuk setiap musim, Hasry tidak menolak kemungkinan akan menambahnya andai prestasi Kelantan menunjukkan peningkatan memberangsangkan. 

Dalam masa sama, Hasry juga mahu membuka mata syarikat besar dan usahawan lain supaya mengambil inisiatif sama dalam usaha memajukan lagi sukan bola sepak di negara ini. 

"Mungkin tajaan yang kami berikan nampak kecil, namun kami mahu buktikan 'syarikat muda' seperti kami juga boleh menaja pasukan bola sepak apatah lagi syarikat besar yang lain. 

"Malah, kalau bukan syarikat tempatan yang mahu menolong pasukan bola sepak di negara ini, jadi siapa lagi yang hendak memberi bantuan," katanya.

- BERITA HARIAN