RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 27 Disember 2016

FAS lantik P Maniam ketua jurulatih Selangor



P Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017. - 

KUALA LUMPUR: Bekas penolong jurulatih pasukan Selangor, P Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017. 

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi laman sesawangnya www.faselangor.my memaklumkan Maniam, 48, akan dibantu dua penolong jurulatih yang juga adalah bekas pemain pasukan itu, K Gunalan dan Noor Zaidi Rohmat. 

"Pelantikan Maniam turut mengambil kira kelayakan minimum terkini Pelesenan Kelab FAM 2017 untuk ketua jurulatih penuhi," kata FAS. Maniam yang juga bekas pemain Selangor pada era 1990-an, memiliki lesen Pro Diploma Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu lesen kejurulatihan tertinggi Asia setaraf lesen Pro Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA). 

Beliau bukan nama asing kerana pernah menjadi penolong jurulatih skuad Selangor selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015 di bawah beberapa jurulatih berpengalaman termasuk Irfan Bakti Abu Salim, Zainal Abidin Hassan serta K Devan. 

Maniam juga pernah dilantik sebagai pengendali sementara Selangor ketika dua bekas jurulatih iaitu Devan dan Irfan Bakti meletak jawatan pada pertengahan saingan Piala Malaysia, masing-masing pada 2011 dan 2013. 

Untuk rekod, beliau adalah ketua jurulatih kelab Liga FAM iaitu AirAsia Allstars FC pada musim ini. 

Kepulangan semula Maniam menyaksikan Gunalan, 51, yang menjadi pengendali sementara Selangor sejak Ogos lalu, kembali ke jawatan asalnya sebagai penolong jurulatih. 

Seorang lagi bekas pemain Selangor, Azlisham Ibrahim, 43, kekal sebagai jurulatih penjaga gol manakala bekas pemain skuad Gergasi Merah dari 1999-2001, Abdul Rauf Ahmad dilantik sebagai pengurus pasukan. EXCO FAS, Omar Ali, 56, yang adalah bekas jurulatih skuad Piala Presiden Selangor dari 2015-2016, dilantik sebagai penolong pengurus. - BERNAMA