Abdul Fattah
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu akan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bertemu pemimpin Kafa pada hari tersebut.

“Kita akan tunggu Kafa buat pembentangan kepada kerajaan negeri pada 1 Januari nanti. Kita akan keluarkan kenyataan hanya selepas pertemuan itu, yang dijadual berlangsung sebelah petang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kongres Rakyat Kelantan, di sini hari ini.

Enggan mengulas lanjut, Abdul Fattah bagaimanapun memberi bayangan bahawa kerajaan negeri akan memikirkan langkah terbaik bagi memastikan pasukan Kelantan kekal bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Selepas kongres luar biasa Kafa hari ini memutuskan untuk meneruskan hasrat menarik diri daripada Liga M, namun memberi peluang kepada barisan Exconya mencari dana sekurang-kurangnya RM3 juta sebelum 6 Januari jika mahu keputusan tersebut dibatalkan.
- UTUSAN ONLINE