RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 29 Disember 2016

kita harap TRW tidak tarik diri - Kerajaan Kelantan



KOTA BHARU: Kerajaan negeri menunggu pembentangan hasil keputusan resolusi Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 1 Januari ini untuk memutuskan sebarang bantuan yang akan dihulurkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata pertemuan berkenaan dijangka diadakan di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim pada jam 2.30 petang. 

"Selepas pertemuan itu, barulah kerajaan negeri akan memberikan komen mengenai apa bentuk bantuan yang akan dihulurkan.

 "Kami perlu meneliti setiap resolusi yang diputuskan kerana pada hari ini, walaupun berita mengenainya sudah pun keluar, KAFA perlu berjumpa dengan kepemimpinan kerajaan negeri bagi membincangkan lebih terperinci mengenainya," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kongres Rakyat Kelantan di Dewan Konvesyen Pusat Dagangan Kelantan (KTC), di sini, hari ini. 

Ab Fattah berkata, kerajaan negeri berharap The Red Warriors (TRW) dapat meneruskan saingan dalam Liga Malaysia (M). 

"Sukan bola sepak adalah sukan kegemaran nombor satu rakyat Kelantan dan kita harap TRW tidak menarik diri daripada liga berkenaan. 

"Menteri Besar juga memberi sokongan penuh tindakan diambil Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) untuk membantu KAFA dalam menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi," katanya.

 Kongres Luar Biasa KAFA hari ini menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh akhir untuk membuat keputusan sama ada menarik diri atau meneruskan penyertaan dalam Liga M. 

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata ahli kongres pada dasarnya bersetuju menarik diri, namun masih mengharapkan Exco KAFA berusaha mencari dana sehingga 6 Januari depan, yang juga tarikh akhir pendaftaran pemain.