RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 27 Mei 2016

United sah lantik Mourinho pengurus baharu


Jose Mourinho sah jadi pengurus baharu Manchester United. 

LONDON: Manchester United sudah melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baharunya, lapor Sky Sports sebentar tadi. 

Mourinho, 53, menggantikan pengendali dari Belanda, Louis van Gaal yang dipecat Isnin lalu iaitu dua hari selepas United merangkul Piala FA ke-11 mereka. 

Pengurus yang turut dikenali sebagai "Special One", itu dipecat oleh Chelsea pada Disember. 

Mourinho sebelum ini pernah mengendalikan kelab Porto, Inter Milan dan Real Madrid. - Agensi