RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 13 Mei 2016

Popov dilantik kemudi Kelantan dengan kontrak 'fleksi', KAFA dikecam Zack Rahim

image
Kelantan mengumumkan pelantikan Velizar Popov sebagai pengganti K. Devan, tetapi ramai yang mempersoalkan keputusan itu kerana the Red Warriors hadapi masalah kewangan.

Popov dilantik kemudi Kelantan dengan kontrak 'fleksi', KAFA dikecam Zack Rahim

Tidak sampai sehari selepas K. Devan meletakkan jawatannya sebagai jurulatih Kelantan, pasukan itu telah mengumumkan melantik Velizar Popov sebagai penggantinya.
Jurulatih dari Bulgaria itu diumumkan sebagai jurulatih baru oleh pengerusi Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Kuala Lumpur, yang menyifatkan kontrak Popov sebagai kontrak 'fleksibel', di mana prestasinya akan dinilai selepas dua atau tiga perlawanan, namun menyifatkan yang secara idealnya, Kelantan ingin menggaji bekas jurulatih Maldives dan Suphanburi itu selama setahun.
Annuar menyatakan yang Popov dilantik kerana pengalamannya yang luas dalam bolasepak Asia, paling baru pernah memimpin Suphanburi dan Maldives.
Annuar menambah yang Popov akan berlepas ke Kelantan untuk mula memimpin latihan pasukan itu pada Jumaat.

Apabila ditanya Goal mengenai sasaran Kelantan dengan pelantikan Popov, Annuar menyatakan yang ianya kekal sama; "...untuk berada di kedudukan empat teratas liga."
Namun beliau enggan mengulas perancangannya untuk Pahlawan Merah, sama ada mahu membawa masuk pemain baru atau menyingkirkan mana-mana pemain sedia ada. "Ianya terlalu awal. Kita tunggu dan lihat. Kita lihat siapa yang mahu bermain untuk Kelantan," jelas Popov.
Apabila ditanyakan pula apa yang akan dia lakukan supaya kekal lama di Kota Bharu tinggi disebabkan Kelantan telah melantik dan kemudiannya memecat empat orang jurulatih dalam tempoh dua tahun, Popov menjawab sambil ketawa sinis; "Itu juga perlu kita tunggu dan lihat, jika saya ada apa yang diperlukan."
Sebelum itu, Annuar menjelaskan perletakan jawatan Devan. Menurutnya, Devan telah mengumumkan keputusan itu kepadanya selepas kekalahan 4-3 mereka kepada Pahang pada 20 April lagi, tetapi Annuar meminta Devan untuk mempertimbangkannya. "Namun selepas tewas kepada Felda baru-baru ini, beliau menghubungi saya, kami berbincang dan kami mengambil keputusan untuk berpisah secara persetujuan bersama," jelas Annuar.
Namun begitu, ramai yang mengkiritik keputusan Kelantan menggaji seorang jurulatih luar tatkala mereka sedang mengalami krisis kewangan. Salah seorang dari mereka adalah bekas pengurus Selangor dan pengurus peribadi Safee Sali; Zack Rahim. Beliau menulis di laman Facebooknya; menyifatkan tindakan KAFA sebagai 'kejam dan zalim'.