RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Mei 2016

JURULATIH BARU KELANTAN DIKETAHUI PETANG INI

Jurulatih baru Kelantan diketahui petang ini

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam entri laman sosial Facebook terbaharunya berjanji akan mengumumkan nama Ketua Jurulatih Kelantan yang baharu menggantikan K. Devan yang meletakkan jawatan secara mengejut semalam di Tingkat 24, Menara MARA Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil mengucapkan ribuan terima kasih dan menyifatkan Devan seorang yang jujur serta ikhlas ingin membantu The Red Warriors (TRW) dalam kancah saingan bola sepak Malaysia.



“KITA mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat beliau. Devan seorang yang dedikasi dan jujur. 

"Kedatangannya ke Kelantan dengan ikhlas mahu cuba membantu dgn terma yang paling ringan. Beliau juga mengundur diri dengan baik dan penuh hormat selepas beliau secara peribadi merasakan beliau telah berusaha sebaik mungkin. 

"Beliau menangguhkan hasratnya beberapa kali bagi memberi kita peluang membuat persiapan….terima kasih Devan.

"Pengganti ketua jurulatih Kelantan akan diumumkan petang ini insyallah," jelasnya.

Teka-teki siapa jurulatih baharu hangat dibincangan dan nama besar yang gagal dilantik Disember tahun lalu, akibat kekangan kewangan iaitu, V. Sundramoorthy dan B. Satiananthan kembali bergema.

Atau Kelantan akan menggunakan kepakaran barisan kejurulatihan Kelab Itali, Bari FC melalui beberapa kerjasama yang telah diumumkan sebelum ini?