RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 15 Mei 2016

JDT SUDAH LAMA PINTAS SELANGOR - TMJ




JDT sudah lama pintas Selangor - TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berpendapat juara baru Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), sudah lama melepasi pencapaian 'jaguh kampung', Selangor.

TMJ menegaskan pencapaian dan persahabatan skuad Harimau Selatan di pentas antarabangsa membenarkan mereka lebih menonjol berbanding persatuan-persatuan lain di Malaysia.

"Selangor mempunyai sejarah yang penuh dengan trofi tetapi negara-negara lain tidak kenal mereka seperti mereka kenal JDT," katanya kepada wartawan ESPN FC.

"Kita tidak nampak kelab-kelab besar yang dikaitkan dengan Selangor. Apa yang kita lihat adalah jalinan kerjasama gergasi Eropah dengan JDT.

"Ini bukan sahaja kejayaan dalam menjulang trofi tertentu, ini berdasarkan kejayaan dari segala aspek dalam bola sepak."

Selain kemenangan yang sekadar 2-1 ke atas Selangor PKNS, sebuah kelab kerdil dalam Liga Perdana, di Stadium Shah Alam malam tadi, JDT juga menundukkan Selangor ketika memenangi Piala Sumbangsih menerusi penentuan sepakan penalti, Februari lalu. 

JDT muncul wakil pertama Malaysia untuk menjuarai saingan Piala AFC, Oktober tahun lalu -- tapi belum cukup bagus untuk terus bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC. 

Kini, mereka sudah pun layak ke pusingan 16 pasukan dalam Piala AFC -- rata-rata dianggap saingan tahap dua di Asia -- dan bakal menyambut kunjungan Kaya FC pada 25 Mei.

Kemenangan Piala FA merupakan trofi keenam buat JDT sejak TMJ mengambil alih pada 2013.

Bagaimanapun, TMJ mengegaskan dia hanya melengkapkan 40 peratus daripada misi keseluruhannya. Saingan Liga Juara-Juara Asia merupakan sasaran utama bagi empayarnya