RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 25 April 2016

Tiada Masalah Terajui KAFA - Kerajaan Kelantan


KOTA BHARU 24 April – Kerajaan Pas Kelantan bersedia mengambil alih tampuk pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sekiranya Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatan Presiden persatuan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, langkah itu dibuat demi pembangunan bola sepak di negeri ini, namun pihaknya perlu membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam sebelum keputusan muktamad dibuat.
Beliau yang turut dicadangkan oleh Annuar mengisi jawatan tersebut berkata, pihaknya melihat perkara itu masih terlalu awal ke­rana belum mendengar penjelasan sebenar daripada pengurusan Kafa.
“Annuar telah mencadangkan jawatan Presiden Kafa diisi wakil kerajaan negeri dan kita tidak mempunyai sebarang masalah mengenainya.
“Cadangan itu akan dibincang terlebih dahulu sebelum kita sahkan bertanding atau sebaliknya.
“Kita juga akan mendengar dahulu cerita daripada pihak Kafa, sekarang masih tidak berbangkit.
“Kita tidak ada masalah (mengisi jawatan Presiden Kafa) demi per­kembangan dan pembangunan bo­la sepak negeri ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Annuar yang mahu pe­mimpin-pemimpin Pas se­perti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mengambil alih jawatan Presiden Kafa.
Semalam, bapa pembangunan bola Kelantan itu menerusi akaun Facebook rasminya secara terbuka mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Kafa yang akan tamat tempoh tahun ini.
Annuar mula menerajui Ka­fa pada tahun 2008 selepas mengambil alih daripada Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.
Bermula saat itu, Annuar membentuk pasukan mantap dan tahun berikutnya, beliau membawa masuk beberapa nama besar untuk memperkuatkan pasukan Kelantan antaranya Muhammad Khalid Jamlus, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Norfarhan Mohammad dan Badri Radzi.
Sepanjang memimpin Kafa selama lapan tahun, Annuar telah mencipta fenomena baharu bola sepak Kelantan apabila membawa skuad Kijang merangkul kejuaraan Piala Malaysia untuk kali pertama pada tahun 2010.
Tahun berikutnya, Kelantan mencipta sejarah lagi apabila merangkul kejuaraan Liga Super untuk julung kali dan merangkul tiga piala pada tahun 2012.
Selain itu, di bawah kepemimpinan Annuar, Kelantan turut layak ke pertandingan Piala AFC pada 2012 dan 2013.
www.utusan.com.my