KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (Husm) hari ini setelah mengalami pendarahan di kepala.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu kini berada dalam pemantauan pakar dan dijangka akan melakukan pembedahan kecil esok.

Setausaha Akhbarnya, Asri Daud berkata, keadaan Ahmad sedar sepenuhnya dan dalam keadaan stabil.
"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Datuk  Menteri Besar.

"Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat sebagaimana biasa," katanya.
Difahamkan Ahmad menghadiri mesyuarat exco Kerajaan Kelantan hari ini, namun mengadu kurang sehat dan meminta untuk meninggalkan mesyuarat.