RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 5 April 2016

Kelantan lega penyerang import kian cergas



KOTA BAHARU: 

Prestasi dua penyerang import, Dramane Traore dan Blazhe Ilijoski yang kian meningkat memberi kelegaan buat Kelantan dalam usaha mengutip mata penuh apabila saingan Liga Super bersambung semula esok. 

Ketua jurulatih Kelantan, K Devan, berkata tempoh rehat tiga minggu memberi kesan baik khususnya bagi kedua-dua pemain import yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan dan bersedia diturunkan untuk pertemuan dengan Terengganu FC II (TFC II). 

"Selepas mendapat pengawasan daripada pasukan perubatan, saya dapati keadaan fizikal mereka bertambah baik terutamanya Traore," katanya mengenai kedua-dua pemain itu yang kurang cergas sebelum ini. 

Namun, Devan berdepan masalah lain apabila tonggak pertahanan, Jonathan McKain mungkin terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut sewaktu latihan. 

"Saya akan dapatkan perkembangan terbaharu tahap kesihatan McKain daripada pegawai perubatan. 

"Sekiranya ia bertambah baik mungkin saya akan senaraikannya untuk perlawanan malam esok atau beliau perlu menunggu untuk perlawanan seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Liga Super berehat hampir tiga minggu bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan mengharungi perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Devan berkata, tempoh rehat itu memberinya ruang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada selain mengatur strategi bagi berdepan lawan seterusnya. 

Katanya, stamina kesemua pemain tempatannya juga berada dalam keadaan baik dan bertambah meningkat terutamanya tiga pemain yang baharu pulang mewakili negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Brendan Gan. 

"Bagi pemain yang menyertai kem kebangsaan, saya yakin kecergasan mereka berada di tahap maksimum, sekali gus dapat memberi sumbangan lebih positif kepada pasukan. 

"Kami memandang tinggi keupayaan TFC II walaupun mereka kini berada di tangga ketiga terbawah Liga Super. Mereka mampu melakukan kejutan kerana bermain di tempat sendiri dan keputusan perlawanan pasukan itu sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran," katanya. Kelantan berada di tangga kelima Liga Super setakat ini selepas mencatat dua kemenangan, dua seri dan satu kalah manakala TFC II menduduki tangga ke-10 dengan tiga seri dan dua kalah. - BERNAMA