RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 26 Februari 2016

Ugutan Dato Vida tidak menghalang K.Devan untuk memberi tumpuan menentang Sarawak



PENGENDALI Kelantan, K Devan. - Foto Syamsi Suhaimi 

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan, K Devan menegaskan tidak tertekan dengan spekulasi mengenai kedudukannya yang akan digantikan dengan Bojan Hodak. 

Katanya, dia sedar mengenai spekulasi berkenaan, namun tidak mahu terlalu memikirkannya dan ingin melakukan yang terbaik bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) untuk mencapai kejayaan dalam kempen musim ini. 

"Saya hanya mahu menikmati kejayaan bersama PQPTRW dan dengan pengalaman yang ada, saya ingin melakukan terbaik. Saya tidak perlu risau dengan semua berita itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

 "Setakat ini tiada masalah berlaku, dan saya cuma mahu fokus terhadap tugas saya. Bagi saya semua perkara yang berlaku ini normal," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stesen MARDI, Pasir Tumboh, di sini semalam. 

BH Online sebelum ini melaporkan kedudukan Devan selaku pengendali Kelantan seharusnya semakin 'panas' berikutan penaja utama skuad itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida sudah mempersoalkan mengenai prestasi semasa jaguh Pantai Timur itu. Ia susulan skuad PQPTRW dilihat masih gagal mencapai sasaran dan harapan tinggi Dr Vida dan seluruh penyokong yang diletakkan ke atas bahu Devan dan anak buahnya. 

Tindakan Dr Vida yang memuat naik gambar Hodak yang juga bekas jurulatih Kelantan di Instagram miliknya yang dipetik daripada Facebook penyokong juga mencetuskan tanda tanya buat seluruh peminat PQPTRW. 

Mengulas lanjut, Devan berkata dia kini mahu fokus sepenuhnya menghadapi Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam esok. Menurutnya, pasukannya perlu berhati-hati dengan kebangkitan skuad bimbingan Datuk K Rajagobal selepas gagal mencatat kemenangan pada tiga perlawanan termasuk Piala FA Sabtu lalu. 


Katanya, dia akan menurunkan kesebelasan terbaik dengan menggunakan strategi baharu bagi menundukkan skuad Bujang Senang termasuk menurunkan pemain import, Dramane Traore dan Blazhe Ilijoski yang dipertikaikan prestasi mereka. 

"Kita sudah membayar harga mahal untuk mendapatkan mereka, jadi satu kerugian kalau tidak menggunakan khidmat mereka. Tambahan pula kedua-dua pemain itu sudah menyumbat gol ketika menentang PDRM dan UKM FC baru-baru ini," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/127934