Syarat dikenakan pemilik Qu Puteh telah mendapat reaksi berlainan di laman sosial setelah dua syarat dikemukan dianggap satu perubahan ketara terhadap imej pasukan itu.
Syarat berkenaan melibatkan mengubah warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu manakala nama The Red Warrior seharusnya diubah kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warrior.Ada yang menyokong namun ada juga yang tidak boleh menerima syarat tersebut sama sekali kerana beranggapan syarat tersebut ternyata mengubah imej Kelantan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebooknya menjelaskan beberapa perkara.
"Mana-mana penaja yang mahu menaja TRW tidak harus membincangkan dalam media sebelum mengadakan rundingan sebenar.
Ini untuk mengelak dari silap faham tercetus sekaligus mengganggu rundingan dengan penaja lain," jelasnya.

