RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 31 Disember 2015

Terengganu haram vape mulai Jumaat (petikan Metro)


Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan menguatkuasakan pengharaman rokok elektronik atau
vape bermula Jumaat ini, selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang semalam,
memutuskan penggunaannya adalah haram.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda berkata, kerajaan negeri juga akan
mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan semua peniaga vape di seluruh negeri Ahad depan.

"Kerajaan negeri bersetuju dengan keputusan pengharaman penggunaan vape seperti diputuskan
Majlis Fatwa Negeri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, semua peniaga vape akan diberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan vape.

Hari ini, Mufti Terengganu Datuk Dr Zulkifly Muda mengesahkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa
Fatwa Negeri Kali Ke-4 yang bersidang semalam, sebulat suara memutuskan penggunaan kedua-dua
alat itu adalah haram mengikut Islam berasaskan dalil serta hujah al-Quran dan hadis.