Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kota Bharu: Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Indra Putra Mahayuddin sebagai
pemain terbaru menyarung jersi Kelantan.
Beliau mengumumkan perkara itu di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, ketika perlawanan
persahabatan antara Kelantan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak malam ini.
persahabatan antara Kelantan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak malam ini.
Pengumuman itu turut dimuat naiknya dalam laman sosial Facebooknya.
"Saya mengumumkan TRW baru sahaja menandatangani kontrak dengan pemain jersi nombor 23,
Indra Putra Mahayuddin, malam ini. Selamat kembali Indra," katanya.
Indra Putra Mahayuddin, malam ini. Selamat kembali Indra," katanya.
Indra yang bermain di posisi penyerang dan tengah pernah bersama Kelantan selama dua musim.
Kepulangannya dijangka memantapkan lagi jentera TRW sekali gus, mengembalikan kegemilangan
gergasi Pantai Timur itu dalam saingan Liga Super Malaysia, musim baru.
gergasi Pantai Timur itu dalam saingan Liga Super Malaysia, musim baru.
Semalam, pemain Mohd Daudsu Jamaluddin turut menandatangani kontrak bersama TRW, sekali gus
melengkapkan kuota pemain tempatan.
melengkapkan kuota pemain tempatan.
Tumpuan kini adalah mencari pemain import berkualiti bagi mengisi tiga daripada empat kuota yang
masih kosong.


