PULAU PINANG - Skuad Harimau Kumbang akhirnya menyingkirkan dua pemain import mereka iaitu Andy Russell dan Diogo Ferreira daripada terus menyarung jersi pasukan itu untuk saingan Liga Super musim ini.
Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, bagi mengisi kekosongan itu, beberapa pemain dari benua Afrika, Amerika Selatan dan Australia akan tiba di negeri dalam masa terdekat untuk diuji.
Katanya, tempoh 17 hari masa rehat yang dimiliki sebelum perlawanan Liga Super menentang Kelantan di tempat lawan diharap dapat menemui pengganti sesuai untuk menyertai pasukan berkenaan yang kini semakin dihimpit isu prestasi.
– UTUSAN ONLINE
– UTUSAN ONLINE
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd