RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 11 April 2017

TMJ memperkenalkan hukuman baru buat penyokong samseng, Memang dahsyat hukuman

Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan memahami derita yang ditanggung persatuan bola sepak negeri dan kelab Liga Malaysia (Liga M) yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan wang banyak untuk membayar denda angkara sikap tidak bertanggungjawab penyokong sendiri.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menegaskan, beliau mahu penyokong turut bertanggung jawab atas kekecohan yang dilakukan dengan mengenakan hukuman pemotongan mata berbanding denda sebelum ini.
“Bagi samseng bola sepak, akan ada pemotongan mata dikenakan kepada pasukan yang bertanding kerana bila kita kenakan denda, penyokong tak rasa sebab mereka tak rasa yang mereka bertanggung jawab (insiden kekecohan) ini kerana persatuan yang bayar.
“Mereka tak rasai kesusahan sebenar pasukan bertanding. Jadi tindakan pemotongan mata akan dikenakan supaya penyokong boleh tahu apabila mereka buat kekecohan akan memberi kesan kepada pasukan mereka, bukan ahli persatuan.
“Jadi itu cara yang saya fikir untuk mengatasi samseng bola sepak,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco kali pertama penggal 2017-2021 kelmarin.
Sebelum ini pasukan yang bertanding terpaksa membayar denda hingga puluhan ribu ringgit atas kekecohan penyokong sendiri.
Meskipun FAM sudah melancarkan kempen Anti Samseng Bola Sepak pada Februari 2014 namun saban tahun masalah itu berulang dan lebih memburukkan apabila ada kekecohan menyebabkan kecederaan.
Bagaimanapun hukuman pemotongan mata itu juga perlu diteliti sebaik-baiknya kerana wujud kebimbangan ada pihak yang menyamar menjadi penyokong pasukan tertentu dan mencetuskan kekecohan bagi tujuan sabotaj.

sumber : METRO