JDT MEMERLUKAN PEMAIN YANG 100% KOMITED KEPADA KELAB DAN MASIH BERTERUSAN DAHAGAKAN KEMENANGAN
Penyokong JDT perlu belajar bahawa bola sepak adalah mengenai masa. JDT adalah sebuah kelab besar. Kuasa kewangan kelab adalah penting jika kelab tersebut masih mahu menjadi salah satu kelab terbaik di Asia Tenggara. Sama seperti perkara yang lain, semua perubahan memerlukan masa. Saya yakin dengan Benjamin Mora. Penyokong perlu memahami bahawa Benjamin tidak mempunyai pemain-pemain utama seperti Jorge, Lucero, Hariss, Amri, Jasazrin. Di sini semua adalah pemain baru. Dan perkara-perkara baru mengambil masa.
Beliau juga memiliki beberapa pemain yang telah memenangi tujuh piala dalam tempoh tiga tahun. Terdapat beberapa pemain yang masih dahagakan kemenangan dan ada sebahagian yang tidak lagi. Ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh jurulatih dan sedihnya ramai yang tidak memahami perkara ini. Masalah JDT bukan jurulatih, tetapi adalah mentaliti sesetengah pemain yang sudah merasakan kejayaan dan bernasib baik dapat mengumpulkan sedikit simpanan.
JDT memerlukan pemain yang 100% komited untuk pasukan dan masih dahagakan kemenangan. Untuk mengenal pasti para pemain dan membuat semua perubahan ini mengambil masa. Menguruskan sebuah kelab juga sukar. Tetapi saya yakin DYAM Tunku Mahkota Johor tahu apa yang baginda lakukan. Apa yang baginda korbankan hari ini dan sekarang adalah hanya untuk menjadikan JDT lebih kuat pada tahun berikut dan tahun-tahun akan datang.
Luciano Figueroa, Bekas Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
Sumber : JOHOR SOUTHERN TIGER