JDT, Kelantan Bakal Dihukum Atas Kesalahan Membabitkan Penyokong.
JDT bakal diadili oleh pihak FAM atas kesalahan ketika aksi menentang Melaka United yang dimenangi mereka 7-0.
Kesalahan berlaku apabila penyokong JDT membaling kertas resit ke balapan stadium ketika lagu negeri Johor sedang berkumandangan.
Kelantan pula bakal dihukum atas kesalahan yang lebih serius ketika aksi menentang JDT yang menyaksikan mereka tewas 3-2.
Ketika itu, penyokong Kelantan membaling objek iaitu botol ke dalam padang sewaktu pasukan pelawat sedang meraikan jaringan mereka
Antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman adalah membawa objek merbahaya, bahan letupan dan bom asap ke dalam stadium, membaling objek ke dalam padang, rusuhan di dalam dan luar stadium serta apa jua yang menyalahi Undang-Undang Malaysia dan Peraturan FMLLP.
Oleh yang demikian, FMLLP telah memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Undang-Undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tindakan selanjutnya mengikut Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepertimana termaktub dalam Perkara 40.1 Peraturan Pertandingan dan Perkara 5.25.2 (c) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017.
Sumber : FMLLP Malaysia