2. JDT berjaya menjulang piala Liga Super Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2016.
3. Dua Piala Sumbangsih (2015-2016) berjaya diraih.
4. Menjuarai Piala FA 2016 yang julung-julung kalinya dimenangi oleh sebuah kelab tanahair.
5. JDT adalah pasukan yang belum pernah tewas dalam mana-mana perlawanan Liga Super Malaysia di laman sendiri sejak tahun 2013 sehingga kini.
6. Kekalahan semalam ketika menentang Perak di tempat lawan adalah kekalahan pertama JDT dalam Liga Super Malaysia setelah mengharungi 26 perlawanan tanpa tewas.
7. JDT mempunyai latihan serba lengkap yang terdapat di Pusat Latihan Padang Seri Gelam yang serba moden dan canggih termasuklah pusat latihan tertutup yang menepati piawaian FIFA.
8. JDT juga bakal memiliki stadium baru yang terbaik dan juga pusat akademi baru pada masa akan datang.
9. JDT berjaya menjalinkan kerjasama dengan Valencia (Sepanyol) dan Consadole Sapporo (Jepun) berkenaan tentang pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi.
Ada beberapa lagi sejarah yang tidak kurang hebatnya telah meletakkan JDT selaku penanda aras buat pasukan tanahair di pentas Asia iaitu:
1. JDT merupakan pasukan pertama tanahair yang melepasi pusingan penentuan kelayakan (Play-off) ACL setelah tiga tahun berada di pusingan 'preliminary'.
2. JDT juga satu-satunya pasukan tanahair yang mara hingga ke separuh akhir Piala AFC untuk dua tahun berturut-turut (2015-2016).
3. RANKING 23 DALAM KELAB ASIA, ATAS dari RED URAWA DIAMOND kelab liga jepun.
3. RANKING 23 DALAM KELAB ASIA, ATAS dari RED URAWA DIAMOND kelab liga jepun.
Oleh itu, saya agak hairan dengan sikap para penyokong yang dilihat kurang senang dengan keputusan semalam.
Para penyokong sepatutnya lebih bersikap terbuka dan menerima sebarang keputusan kerana itu adalah adat dalam perlawanan, ada masanya kita menang dan ada masanya kita kalah.
Namun yang lebih penting adalah bersyukur kerana masih ada individu seperti DYAM Tunku Mahkota Johor dalam kelab ini.

Anda patut risau jikalau DYAM Tunku Mahkota Johor berubah fikiran dan mengambil keputusan untuk meninggalkan bola sepak sepenuhnya.
Ianya bukan suatu perkara yang mustahil, tetapi adakah itu yang para penyokong mahukan? Ingatlah bahawa kerana baginda, JDT kini berada di tempat yang ia berada sekarang dan masih memiliki ramai penaja yang masih kekal memberikan penajaan.
Ia disebabkan mereka percayakan baginda dan mereka tahu setiap amanah yang diberikan, akan digunakan oleh baginda ke saluran yang betul.
Sekiranya baginda tidak ada lagi dalam pengurusan kelab, apakah JDT masih akan mempunyai penaja seperti sekarang ini? Fikirlah...

Oleh itu, hormatilah kelab. Hormati sejarah yang telah tercipta selama ini. Usah hanya menyokong sewaktu JDT disanjung atas setiap kemenangan, tetapi hilang apabila JDT tidak berada di puncak.
Jangan biarkan JDT kembali ke zaman kesuraman bola sepak, ayuh bangkit dan berdiri teguh di belakang kelab anda.
Tanpa anda pasukan tidak akan kuat, tanpa anda pengurusan juga tidak akan kuat, penyokong perlu sentiasa ada bersama-sama pemain dan pengurusan serta kekal setia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi anda.
- Dato Suleiman Mohd Noor, Bapa Bolasepak Johor
SUMBER : JOHOR SOUTHERN TIGER