MOHD. BADRI RADZI
MOHD. BADRI RADZI
Kapten TRW, Mohd. Badri Radzi berkata, dia dan rakan-rakan enggan memikirkan perkara tersebut sebaliknya mahu fokus terhadap setiap aksi yang bakal diharungi oleh pasukan itu dalam saingan Liga M selepas ini.
“Sebagai pemain tugas kami fokus dan mempamerkan aksi terbaik diatas padang. Urusan pasukan kita serahkan kepada pengurusan tertinggi Kafa untuk selesaikan.
“Saya yakin dan percaya barisan kepemimpinan mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Pemain itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan SPRM yang memulakan siasatan ke atas Kafa berhubung isu tajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) keatas TRW, musim lalu.
Difahamkan beberapa kakitangan Kafa telah dirakam percakapan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Piya memberitahu, dia menyeru rakan-rakan sepasukan untuk tampil dengan semangat juang tinggi dalam perlawanan akan datang terutama bertemu dengan Felda United, Sabtu ini.
Katanya, pertemuan dengan Felda United dijangka menjadi kayu pengukur keupayaan Kelantan dalam saingan Liga M, musim ini.
“Felda United bukan sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan, mereka tampil dengan pemain baharu termasuklah bekas pemain TRW, Wan Zack Haikal Wan Nor serta penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha,” ujarnya.

Sumber : UTUSAN