Annuar mendakwa FAM masih belum melunaskan beberapa bayaran kepada KAFA yang turut merangkumi bayaran hak penyiaran.
Tambahnya, jika kesemua bayaran itu dilunaskan FAM, ia akan turut membantu KAFA mengumpul dana bagi membayar gaji tertunggak pemain.
"FAM banyak lagi berhutang dengan kami, cuma semua pihak cakap Kelantan yang ada hutang.
"FAM berhutang dengan semua pasukan. FAM masih berhutang dengan Kelantan.
"Hadiah kemenangan menduduki tempat keempat Liga Super, hak penyiaran, geran tahunan juga belum dibayar.
"Jadi di situ KAFA ada dekat RM2 juta," katanya.
Apa pun, Annuar memberi jaminan kesemua gaji tertunggak pemain akan diselesaikan musim ini dan beliau dalam proses melengkapkan senarai lapan syarikat menyertai konsortium yang akan membantu menjana kewangan KAFA musim ini.
Dalam pada itu, Annuar mengesahkan bekas awang import Kelantan, Mohammed Ghaddar, bakal kembali memperkuatkan The Red Warriors musim ini bersama dua lagi awang import baru.
"Bila dia hubungi saya, dia cakap dia berminat untuk tolong Kelantan sebab dia menghargai penyokong di sini.
"Kalau dia nak datang, kita perlu bayar USD30,000.
"Saya kata itu boleh dirunding, cuma saya tak boleh bayar gaji macam dululah dengan keadaan Kelantan sekarang.
"Jadi, dia sendiri secara sukarela sanggup dipotong gaji."