RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 16 Januari 2017

"Saya terus katakan ‘ya’ apabila TSAM bertanyakan mahu kembali bersama Kelantan atau tidak" - GHADDAR





Kuala Lumpur: Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang kembali ke pangkuan pasukan berazam untuk membantu The Red Warriors (TRW) muncul sebagai pencabar utama Liga Malaysia (Liga-M) musim ini biarpun menyedari pasukan itu bukanlah pasukan sama seperti di zaman kemuncak pada musim 2010-2013.
Ghaddar, 33, penyerang kebangsaan Lubnan melahirkan hasratnya itu pada sidang media pengenalan tonggak import di ibu negara semalam dan dia dijangka akan digandingkan dengan seorang lagi awang import dari Nigeria, Okikiola Afolabi.

“Saya amat gembira apabila diberi peluang kembali ke pasukan ini dan saya terus katakan ‘ya’ apabila Tan Sri Annuar Musa (Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan) menghubungi dan bertanyakan sama ada saya mahu kembali bersama Kelantan ataupun tidak.
“Saya meminta kebenaran kelab saya (Al-Faisaly FC) untuk meninggalkan pasukan itu dan semua urusan perpindahan sudah selesai.
“Saya rindukan pasukan ini dan suasana di negeri ini serta sokongan padu penyokong setia pasukan,” katanya yang pernah menyertai FELDA United pada 2013.
Sememangnya nama Ghaddar tidak asing lagi buat penyokong setia Kelantan terutamanya pada musim 2012 apabila membantu jaguh Pantai Timur itu melengkapkan koleksi tiga gelaran iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Malah, dia juga berjaya meledak sebanyak 21 gol daripada 32 penampilan pada musim itu dan dilabel antara penyerang import terbaik liga tempatan.
Selain khidmat Ghaddar dan Okikiola, TRW turut memancing seorang lagi pemain import Piala Dunia dari Cameroon, Cedric Djeugoue.
“Tugas saya bukan saja menjaringkan gol malah memastikan kami memenangi piala walaupun keadaan tidak sama seperti dulu.
“Jurulatih (Zahasmi Ismail) ada memberi penerangan corak permainan yang diamalkan Kelantan dan pasukan lain. Jadi, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi liga,” jelasnya.

sumber : METRO