PASIR PUTEH - Seramai 500 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh di sini, berhimpun secara aman bagi membantah arahan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) yang meminta mereka berpindah ke pasar baharu mulai esok.
Rata-rata peniaga menganggap arahan berpindah ke pasar baharu sebagai zalim kerana pasar baharu dikatakan berada di lokasi terpencil selain petak niaga terlalu kecil.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Pasir Puteh, Kamarzaman Che Ngah berkata, pihaknya membuat permohonan kepada MDPP untuk berunding bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, malangnya tidak ada respons daripada pihak berkenaan.
Katanya, pasar baharu yang terletak dalam kawasan Pasir Puteh Sentral itu bukan sahaja menyediakan lot niaga yang terlalu kecil, malah kadar sewanya agak tinggi berbanding pasar lama.
"Kami bukan tak mahu pindah tapi dalam keadaan sekarang ini, tidak logik untuk kami berbuat demikian dan kami minta tangguh dulu pemindaan sehinggalah masalah antara peniaga dan pihak berkuasa tempatan diatasi," katanya.
Beliau berkata, peniaga berharap pihak berkenaan lebih prihatin dan Kerajaan Kelantan perlu campur tangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sebelum ini, Yang Dipertua MDPP, Mohd Anis Hussin meminta peniaga mematuhi arahan berpindah ke pasar baharu dan mengeluarkan notis dua minggu untuk mengosongkan pasar lama bermula esok.
Menurut beliau, pasar baharu bernilai RM5.6 juta itu lebih baik terutamanya dari aspek pengudaraan kerana ia berkonsep terbuka serta kadar sewanya antara RM60 hingga RM350, bergantung kepada saiz.
Mengenai rungutan peniaga sebelum ini, Mohd Anis berkata, pihaknya akan membuat penambahbaikan dari masa ke masa.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Badrol Yaacob berkata, pihak berkenaan sepatutnya menyediakan kemudahan lebih baik kepada peniaga pasar yang hanya kais pagi makan pagi.
"Tidak banyak barangan yang boleh diniagakan di lot niaga yang terlalu kecil itu dan kita dapat membayangkan suasananya nanti kerana pasar baharu itu boleh dimasuki melalui satu pintu sahaja," katanya.
sumber : sinar harian