RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 9 Januari 2017

"Mereka hilangkan beg saya, Terima Kasih Lufthansa" - Aubameyang


ABUJA: Akibat kehilangan beg pakaian ketika menukar penerbangan, penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, terpaksa menggayakan pakaian tidak sesuai pada majlis tahunan gilang-gemilang anugerah bola sepak Afrika, kata penganjur hari ini. 

Aubameyang menaiki pesawat ke ibu kota Nigeria, Abuja, sebagai penyandang gelaran pemain bola sepak terbaik Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF). 

Bagaimanapun, ketika rakan-rakan dan tetamu kehormat memakai pakaian formal, penyerang Gabon berusia 27 tahun itu sekadar berpakaian kasual dengan menyarung kemeja T dan topi besbol. 

"Aubameyang tiba di hotel penginapan sejam sebelum acara itu tanpa beg pakaian miliknya yang hilang ketika pertukaran pesawat. 

Itu sebabnya dia hanya berpakaian seperti itu," kata jurucakap CAF, Junior Biyam. Kapten Gabon itu sendiri memuat naik status dalam laman sosial dan menjelaskan mengapa tidak bersedia untuk majlis berkenaan. 



"Ketika anda hadir untuk majlis pemain terbaik Afrika, mereka hilangkan beg anda!! Itu sebabnya saya berpakaian seperti itu malam ini. Terima kasih Lufthansa," katanya di laman media sosial Instagram Aubameyang. 

Penyerang Leicester City dan Algeria, Riyad Mahrez, memenangi anugerah berkenaan mengatasi Aubameyang dan pemain Liverpool dari Senegal, Sadio Mane. Mahrez dan Mane masing-masing mengenakan sut formal. - AFP

Sumber : Berita Harian