"Jangan Risau, Okiki lagi hebat daripada Amutu" itu jawapan daripada Marcelo Houseman apabila penyokong Kelantan bertanya ejen tersebut di media sosial tentang status pemain import baru Kelantan FA Okiki Afolabi.
Tambahnya lagi, Marcelo mengatakan Okiki Afolabi nak keluar dari kelab lamanya pada tahun 2015 lagi tetapi kelab lama tak nak lepaskan beliau sebab khidmat beliau masih diperlukan.
Akhirnya pada tahun 2017. Okiki Afolabi tekad membuat keputusan sama iaitu keluar dari kelab lama sebab tak nak jadi pemain bangku simpanan dan dipertemukan Jodoh dengan The Red Warriors pada hari jumaat ini.