Dikhabarkan dua pemain dari benua Afrika akan dibawa ke Malaysia untuk menyertai sebuah pasukan di Liga Super Malaysia.
Pemain pertama, Cédric Djeugoue dari Cameroon adalah barisan pemain pasukan Piala Dunia Cameroon di Brazil 2014. Djeugoue yang bermain di posisi pertahanan, kini bersama pasukan Coton Sport di Liga Cameroon.
Pemain kedua, Okiki Afolabi dari Nigeria yang bermain di Liga Argentina bersama pasukan Talleres de Córdoba.
Kedua-dua pemain ini dijangka tiba di Malaysia bersama agennya, Marcelo Houseman hari jumaat ini.