RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 5 Januari 2017

Chapecoense tandatangani tiga pemain baharu


KELAB bola Chapecoense. - Foto REUTERS 

SAO PAULO: Kelab bola sepak Brazil, Chapecoense menampilkan tiga daripada 20 pemain yang dirancang untuk ditandatanganinya, semalam selepas hampir keseluruhan skuad utama pasukan berkenaan terkorban dalam nahas kapal terbang. 

Ketiga-tiga pemain baharu itu melemparkan senyuman ke arah kamera sambil memakai jersi pasukan berwarna hijau selepas bersetuju untuk berpindah ke kelab berkenaan. 

Seorang daripada mereka ialah pertahanan berusia 27 tahun, Douglas Grolli yang memulakan kariernya bersama Chapecoense dan dipinjamkan oleh kelabnya ketika ini, Cruzeiro. 

Dia berharap untuk membantu bekas kelabnya itu untuk bangkit selepas menyertai majlis berkabung untuk ahli pasukan itu yang terkorban. 

Dua lagi pemain yang turut menyertai kelab itu ialah pemain tengah, Nadson da Silva, 27, dari kelab Parana dan penyerang, Rossi, 23 dari Goias. 

"Kami sedang berusaha untuk mendapatkan keseluruhan 18 hingga 20 pemain baharu," kata pengarah kelab itu, Rui Costa dalam sidang media. 

"Namun dengan begitu banyak pemain baharu, iaitu sesuatu yang jarang berlaku dalam bola sepak dunia, jadi kami perlu amat berhati-hati kerana ada begitu banyak kontrak dan pertimbangan undang-undang." 

Chapecoense menyinar daripada kelab kerdil yang mara ke perlawanan final kejohanan serantau, Copa Sudamericana, kejohanan yang dianggap setaraf dengan Liga Europa di Eropah. Begitupun, impian itu terkubur selepas pesawat yang membawa mereka ke Colombia bagi menyertai perlawanan itu terhempas pada 28 November lalu sekali gus mengorbankan 71 orang termasuk 19 ahli pasukan terbabit. 

Tiga pemain terselamat iaitu pemain sayap, Alan Ruschel, pertahanan Helio Neto dan penjaga gol, Jackson Follmann yang kakinya terpaksa dipotong. 

Nombor pada jersi mereka tidak akan diberikan kepada pemain lain dengan sembilan pemain dari pasukan utama kelab itu tidak menyertai penerbangan terbabit. Kelab itu ketika ini dilatih pengurus baharu, Vagner Mancini dengan pasukan itu dijadual bertemu kelab Joinville pada 26 Januari dalam perlawanan pertamanya selepas tragedi terbabit. - AFP

-BERITA HARIAN