Annuar Musa
KOTA BHARU 19 Jan. - Penaja utama pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa membawa masuk pemain import baharu bagi menggantikan dua calon sebelum ini iaitu Okikiola Afolabi dan Cedric Djeugoue yang gagal memenuhi syarat ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Annuar berkata, beliau tidak akan membenarkan The Red Warriors (TRW) bersendirian dan mudah mengalah jika berdepan sebarang masalah atau tekanan.
“Kalau pemain impot gagal setelah di uji, ramai boleh di beli. Kalau TRW cuba di benci,ramai lagi yang jujur mencintai.
“Kalau kita difitnah bertubi, insya-Allah, Allah lebih mengetahui. TRW jangan mudah mengalah, kalau pemain dicuri, bakat baru menanti, kalau jurulatih berhenti kita cari pengganti,” katanya menerusi entri laman sosial facebook miliknya hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Kafa sah menghantar pulang dua pemain importnya Afolabi dan Djeugoue selepas mereka gagal menepati syarat yang telah ditetapkan persatuan itu.
Sumber dalam KAFA mendedahkan Afolabi terpaksa dilantar pulang selepas ujian kesihatan dan kecergasan yang dilakukan mendapati pemain berkenaan mengalami kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).
“Djeugoue pula gagal memenuhi beberapa syarat pendaftaran sekaligus memberikan kesulitan untuk Kafa mendaftarkan pemain tersebut sedangkan masa kian suntuk bagi berbuat demikian,” katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBER : UTUSAN