RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 26 Januari 2017

ANDIK MASIH BERSAMA KAMI - Jurulatih Selangor


"Andik masih bersama kami," demikian pengesahan diberikan jurulatih Selangor, P. Maniam, mengenai kedudukan Andik Vermansyah selepas skuad itu kini membariskan Victoras Astafei dan Juliano Mineiro Fernandes untuk melengkapkan senarai pemain import.

Maniam berkata, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) masih belum meleraikan ikatan dengan pemain Indonesia itu.

Katanya, Andik memerlukan sedikit masa lagi untuk pulih daripada kecederaan lutut yang dialami ketika beraksi dalam Piala Suzuki AFF, tahun lalu.

"Dia masih mempunyai kontrak dengan Selangor dan dia kekal bersama kami. Dia juga adalah antara pemain terbaik dalam pasukan Selangor.

"Selepas dua, tiga tahun bermain, kami kenal kekuatannya. Jadi, saya berharap dia akan kembali bermain dan selepas empat atau lima bulan nanti, dia akan turun berlatih," katanya.

Apabila ditanya adakah Astafei atau Mineiro yang akan digugurkan selepas Andik kembali cergas, ini reaksi Maniam: "Saya tidak kata ia adalah pertukaran sementara."

"Kalau boleh kami juga mahu mengekalkan empat pemain (import) tetapi kami mahu melihat prestasi mereka sehingga Jun. Setakat ini, kami tidak mahu komen mengenai pemain dan saya berharap mereka akan fokus kepada perlawanan seterusnya.

"Mereka sedar sebagai pemain import, mereka perlu fikirkan bagaimana untuk bermain dalam kesebelasan utama. Itu yang penting," tambahnya.

Meskipun skuad itu dilaporkan mengalami masalah kekurangan dana selepas tidak lagi mendapat sokongan kerajaan negeri, FAS kini mempunyai lima awang import, termasuk Andik.

Difahamkan, Andik akan turut menerima pemotongan gaji bulanannya sehingga dia kembali beraksi.


SUMBER : STADIUMASTRO