![]() |
Annuar Musa
|
Annuar berkata, sekiranya Kafa terus bersaing berkemungkinan besar badan induk itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan dengan jumlah tajaan yang diterima mereka setakat ini.
“Jika Kelantan beraksi dan gaji tidak dibayar, apa nasib yang akan menimpa barisan pemain, kecuali mereka kata Kelantan jangan tarik diri dan sedia bermain tanpa sebarang bayaran.
“Maka selesailah masalah. Ramai orang marah bila Kafa umum tarik diri, sebenarnya perkara itu bukan isu kerana Kafa sudahpun meletakkan wang cagaran untuk membolehkan pasukan kekal bersaing,” kata kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Annuar menegaskan beliau tidak berminat untuk kembali menggalas tugas sebagai Presiden Kafa setelah melepaskan jawatan pada 8 November lalu.
Katanya, keputusan tersebut kekal dan bukannya satu sandiwara yang direka untuk meraih simpati penyokong seperti dilemparkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
“Ini bukan (sandiwara), saya tidak mampu untuk menguruskan Kafa sekiranya tiada pihak yang tampil membantu pasukan.
“Saya kena berterus terang, untuk mencari dana berjumlah RM15 hingga RM16 juta bukan tugas mudah. Jika sekitar RM6 juta berkemungkinan besar saya mampu.
“Untuk makluman dana yang Kafa peroleh musim lalu semuanya berkait dengan saya antaranya redONE, Alhamra, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Semua itu adalah inisiatif saya seorang,” katanya.