RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 18 Julai 2017

Zahasmi Ismail Waspada Ancaman Kedah


Kota Bharu: Kelantan perlu menang ke atas Kedah FA pada aksi saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam ini, jika tidak mahu berdepan laluan berliku.
Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, pasukannya tidak boleh kalah dan perlu menang di laman sendiri jika mahu layak ke peringkat seterusnya.
“Kalau kalah, laluan pasti menjadi berliku. Paling kurang, kita kena dapatkan satu mata biarpun pasukan kini berada dalam keadaan terumbang-ambing.
“Kita tahu Kedah satu pasukan yang bagus (terbaik) jika hendak dibandingkan dengan Kelantan dan kita hormati mereka.
“Ketika perlawanan pertama Liga Super, Kedah tanpa kelibat Sandro da Silva dan Liridon Krasniqi tetapi kali ini, mereka berdua hadir, begitu juga, Mohd Fitri (Omar) dan Mohd Akram (Mahinan) yang baru selesai penggantungan disamping Mohd Farhan (Roslan) mendapat pelepasan daripada skuad B-22. Maknanya, pasukan mereka bertambah kuat dan misi kita semakin sukar.
“Tapi, saya dan jurulatih lain sentiasa positif kerana apa-apa sahaja boleh terjadi dalam bola sepak. Saya yakin pemain boleh berikan persembahan terbaik malam esok (hari ini) untuk mencapai kemenangan,” katanya.
Mengenai prestasi pemainnya, Zahasmi mengakui Kelantan agak kekurangan pemain berkualiti dan berpengalaman jika dibandingkan dengan pasukan lawan berikutan beberapa pemain termasuk Zairul Fitree (Ishak), Mohd Daudsu (Jamaluddin), Faizol Nazlin, Mohd Badhri (Radzi) atau Piya dan Khairul Fahmi (Che Mat) masih cedera.
Namun, katanya, perjuangan tetap diteruskan dengan kudrat pemain sedia ada seperti Indra Putra (Mahayuddin), Mohd Norfarhan (Muhamad) dan Khairul Izuan Rosli walaupun perlu harungi jadual padat dengan sembilan perlawanan, bulan ini.
“Kita memang tidak cukup pemain. Apa pun, kita akan layan skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff daripada menjadi mangsa (kekalahan) keenam mereka. Kita ‘anak jantan’ dan bangkitlah segera demi maruah dan harapan penyokong,” katanya

Sumber : METRO.