RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 18 Julai 2017

Azlan Johar Simpati Ong Kim Swee, 'Pengurusan Gagal Didik Pemain Muda'

Shah Alam: Bekas pemain kebangsaan Azlan Johar mengakui kecewa dengan situasi yang perlu dihadapi skuad Bawah 22 (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee apabila berdepan masalah pelepasan pemain.
Jelasnya, sebagai seorang pemain bola sepak, antara matlamat utama adalah meningkatkan keupayaan untuk terpilih mewakili skuad kebangsaan.
“Perasaan apabila bermain dan menyarung jersi negara sesuatu yang sukar digambarkan. Pemain muda harus mengetahuinya bahawa matlamat utama adalah bermain untuk negara.
“Saya faham masalah dan simpati dengan keadaan dihadapi Kim Swee. Situasi semasa amat mengecewakan. Mereka tidak dididik pihak pengurusan keutamaan bagi bermain untuk negara,” katanya.
“Kita mempunyai pemain muda berbakat dan saya harap kita akan berjaya di Sukan SEA nanti dengan kualiti yang dimiliki,” jelasnya.
Sumber : Harian Metro