RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Julai 2017

Zahasmi Dan Alfredo Jawab Dakwaan Penyokong Dan Nafi 'Berlaku Sengketa'

Gonzales (kanan) tenang menjawab soalan pemberita sambil diperhatikan Zahasmi pada sidang media ringkas di Kota Bharu, hari ini.

PENGARAH Teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales menegaskan tiada sengketa di antara dia dengan ketua jurulatih, Zahasmi Ismail susulan prestasi buruk The Red Warriors dalam saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini.

Gonzales berkata, tidak timbul rasa tak puas hati dalam kalangan barisan kejurulatihan malah dia sentiasa bekerjasama rapat dengan Zahasmi bagi merencana persiapan terbaik meskipun pasukannya gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan lalu.

“Saya tidak boleh beritahu sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam pasukan ini. Jadi tiada komen tentang spekulasi negatif kerana penyokong bebas bercakap apa sahaja yang mereka suka.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kami bersama-sama berjuang untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan,” katanya kepada pada sidang media yang turut dihadiri Zahasmi dan Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Md Zuki Deraman di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya lagi, dia akan terus memikul tanggungjawab mengendalikan skuad pantai timur itu sekalipun didesak berundur oleh penyokong pasukan itu setelah tewas dua perlawanan berturut-turut, sebelum ini.

“Agak mudah untuk mereka masalah jika anda melihat satu-satu isu dari sudut yang sangat luas tetapi jika anda kenal Zahasmi, saya, Kafa, pasukan dan pemain, mereka (penyokong) seharusnya hormati semua pihak ini.

“Saya mahu perjelaskan segala-galanya, saya datang ke sini (Kota Bharu) bukan untuk membunuh (kerjaya) sesiapa, (tetapi) saya cuba berusaha membantu pasukan ini menjadi lebih bagus,” katanya.

Sementara itu, Zahasmi turut menjelaskan hubungannya dengan Gonzales tidak ada masalah ketika gambarnya berada di tempat duduk astaka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada aksi menentang T-Team tempoh hari, menjadi tular dalam laman sosial.

“Tak ada apa-apa berlaku, malah tak sepatutnya menjadi isu kerana saya sebenarnya sukarela berada di atas untuk menilai secara menyeluruh persembahan pasukan.

“Saya sentiasa bekerjasama dengan Gonzales, sekarang watak saya sebagai pembantu dan saya hanya memberi gambaran apa yang patut dia lakukan. Yang bertanggungjawab terhadap pasukan adalah dia tapi saya akan bantu dari belakang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian