RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Julai 2017

Respon KAFA Pandang Serius Dakwaan Gonzales Tiada Lesen Coach Sah!


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) memandang serius dakwaan mengatakan pengarah teknikal, Alfredo Gonzales tidak mempunyai lesen kejurulatihan sah untuk mengendalikan The Red Warriors (TRW).

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, sehubungan itu, pihaknya telah merujuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut.

“Kafa mengambil serius dakwaan ini dan bertindak segera menghubungi FAM bagi memastikan tidak timbul sebarang kesilapan di pihak Kafa selepas mendaftarkan Gonzales dalam pasukan ini.

“Kita yakin Gonzales memiliki lesen kejurulatihan sah dan kita telah menilai semua dokumen yang dikemukakan beliau, baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kafa juga menyerahkan kepada badan induk bola sepak kebangsaan itu untuk merujuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memastikan pengendali dari Uruguay itu mematuhi kriteria ditetapkan sebelum menjadi jurulatih di rantau ini.

Khabar angin tersebar luas di laman sosial sejak beberapa hari lalu mengatakan Gonzales yang dibawa masuk pada pertengahan musim ini tidak mempunyai lesen kejurulatihan sah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keupayaannya membimbing Kelantan.

Sementara itu, mengulas desakan penyokong yang mahu Gonzales direhatkan, Ismail memberitahu, pihaknya sentiasa mendengar keluhan ‘pemain ke-12’ itu apatah lagi ia melibatkan prestasi semasa pasukan.

Justeru, kata beliau, Kafa telah mengadakan pertemuan segera antara Gonzales dan ketua jurulatih, Zahasmi Ismail bersama pengurusan tertinggi persatuan itu, malam kelmarin, bagi mendapatkan pandangan kedua-dua individu berkenaan.

“Kafa tidak pernah ketepikan setiap pandangan penyokong kerana mereka juga berhak menyuarakan rasa tak puas hati. Namun, kita akan teliti terlebih dahulu pandangan mereka sebelum membuat keputusan dalam perkara ini,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN