RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 10 Julai 2017

TMJ Cabar Skuad Polo Sukan SEA Dan Mempersoalkan Macam Mana KJ Boleh Mewakili Negara

tmj-polo-3
PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencabar skuad polo Sukan SEA menentang Kelab Polo Diraja Johor dalam usaha menghentikan spekulasi berhubung isu membabitkan sukan itu.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, pasukan Kelab Polo Diraja Johor terdiri daripada adiknya Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, 2 pemain dan beliau sendiri.
“Bagi saya individu yang layak mewakili negara seperti Saladin, Hussaini Yunos, Tengku Hassanal Shah, Tengku Amir Nasser Ibrahim, Tengku Muhammad Shah, Amran Selamat dan beberapa individu lain,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers, petang tadi.
TMJ berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenyataan media pengurus skuad polo negara, Datuk Mohamad Zekri Ibrahim yang berpendapat sesetengah individu layak mewakili negara pada Sukan SEA akan datang.
“Bukankah saya pernah mengalahkan pasukan yang Datuk wakili dulu sebanyak 10-0 dan 11-0 semasa satu pertandingan polo di Pekan, Pahang?

Artikel Berkaitan - > Penyertaan KJ penghormataan buat skuad polo & Aktif Berlatih di Pekan
“Macam mana anda boleh mewakili negara? Saya ingat hanya seorang sahaja yang melobi mewakili negara, rupa-rupanya ramai lagi yang melobi untuk mewakili negara ke Sukan SEA.

“Negara kita pada masa ini perlu diurus mengharungi pelbagai cabaran global, tetapi masih lagi terdapat individu-individu yang masih melobi hinggakan hal-hal sukan dicampuradukkan dengan politik demi kepentingan diri,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Zekri semalam yang berkata, seperti atlet lain, Khairy Jamaluddin tidak diberi keistimewaan, sebaliknya perlu melalui proses pemilihan ketat sebelum terpilih mewakili negara di Sukan SEA ke-29, bulan depan.
Bendahari Persatuan Polo Diraja Malaysia itu berkata, Khairy bermain polo dan menyertai perlawanan antarabangsa sebelum menjadi menteri dan beliau turut menunjukkan komitmen tinggi untuk turut sama menjalani latihan di Pekan, Pahang.
Kelmarin, TMJ mengkritik pelantikan seorang ahli politik tidak berpengalaman dalam skuad polo pada Sukan SEA yang akan berlangsung Ogos ini.
Dalam pada itu, Tunku Ismail mencadangkan perlawanan dengan skuad polo Sukan SEA itu disiarkan secara langsung di televisyen untuk disaksikan rakyat di seluruh negara bagi menilai sendiri individu mana layak mewakili negara.
Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencadangkan peminat sukan polo dijemput menyaksikan perlawanan itu dengan harga tiket RM10.
“Jumlah kutipan tiket tersebut akan diberikan kepada pasukan bola sepak seperti Juara Piala FA Kedah, Pahang, Melaka, Kelantan dan lain-lain pasukan ataupun disalurkan kepada mana-mana badan amal,” katanya.