RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 22 Julai 2017

'Pasukan saya Juga Payah Untuk Lepaskan Pemain Sebab Jadual Padat" - TMJ

Related image
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti semula jadual perlawanan yang bakal berlangsung tahun  depan  bagi  mengelak  kesukaran  pasukan  melepaskan pemain untuk beraksi mewakili negara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penelitian itu akan dilakukan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

“Mengenai jadual untuk tahun depan oleh kerana FAM tidak mahu ada lagi masalah yang terjadi pada tahun ini macam yang dialami pasukan kebangsaan ekoran sesetengah pasukan tidak mahu lepaskan pemain, saya bincangkan tadi untuk pihak FMLLP kaji semula dengan jadual pertandingan.

Ia bagi memberi lebih ruang dan keutamaan kepada pasukan kebangsaan,” katanya  sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Eksekutif FAM sesi 2017-2021 di sini hari ini.

Ditanya pemberita bagaimana sekiranya keadaan yang sama masih berlaku, Tunku Ismail berkata ia hanya boleh diubah berdasarkan jadual pasukan malah pasukan JDT juga mengalami masalah yang sama.

“Pasukan saya juga payah untuk lepaskan pemain sebab jadual yang padat tetapi saya akan bincang dangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga untuk tengok jadual yang paling sesuai pada tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata berikutan mesyuarat hari ini, pihak FAM  telah merancang pelbagai program untuk mengumpul dana dan mendapatkan tajaan daripada syarikat swasta bagi membantu  setiap pasukan yang akan bertanding dalam liga tempatan.

Katanya, ramai pihak yang telah mengetahui bahawa FAM mengalami masalah kewangan dan beliau berharap agenda yang dicadangkan mampu memulihkan keadaan kerana keutamaannya adalah untuk  menjaga kewangan badan induk itu.

Selain itu, mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju program pembangunan sukan, pasukan utama serta pertandingan-pertandingan yang bakal berlangsung dalam negara. –Bernama

Sumber : SINAR HARIAN