RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 8 Julai 2017

Kenali Pemain Messi Terengganu Man Of The Match vs Johor Darul Takzim

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam ini.

Ini bukan Faiz Subri, Ini Faiz Nasir walaupun kurang mendapat perhatian di kaca TV dan media. pemain ketinggian 152cm dikenali dengan kelicikannya mampu menewaskan mana-mana pemain pertahanan termasuk pemain pertahanan status kebangsaan.

Kehebatan Faiz Nasir kini menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong setia Terengganu dan penyokong bolasepak Malaysia. dan ia bukan kali pertama kerana penyokong Kedah juga mengakui kehebatan beliau ketika perlawanan Terengganu menentang Kedah.

Ini dibuktikan pada perlawanan menentang JDT, apabila setiap kali beliau menyentuh bola, tumpuan peminat pasti terarah kepada aksi liciknya di atas padang ketika menentang Johor Darul Takzim kerana berjaya mengayamkan pertahanan JDT sehingga lemah longlai walaupun tubuh badan fizikal pemain ini kecil.

Di bawah video mengenai pemain muda berasal dari Kelantan dan sekarang menjadi pemain Terengganu antara merupakan pemain kesayangan penyokong Terengganu.


Kredit Video : SemuanyaBOLA TV


Rujukan : Terengganu FA Nelang