RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 21 Julai 2017

Kalah 0-1 Kepada Thailand, Netizen Kecam Aksi Skuad Malaysa B15 dan Inilah Sebabnya


Hasrat pasukan Malaysia bawah 15 tahun untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan AFF U15 tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas tipis kepada pasukan Thailand U15 dengan jaringan 1-0.
Gol tunggal Thailand hasil tandukan lemah daripada Jakkrapong gagal dihalang oleh penjaga gol dan pemain pertahanan skuad Malaysia U15 sekaligus memusnahkan harapan penyokong untuk melihat pasukan daripada program NFDP ini melangkah ke perlawanan akhir.
Walaupun NFDP menghantar pasukan B ke kejohanan ini, rata-rata peminat bolasepak tanah air masih tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan ini. Mereka dilihat gagal menerapkan DNA dan falsafah permainan yang diterapkan dalam program NFDP. Salah seorang peminat yang dikenali sebagai Malayafutbol mengkritik mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia U15 ketika menentang Thailand.
“Adakah team Lim Teong Kim je yang apply NFDP football DNA? Terrible. Thailand lebih organize dan main guna otak. Hampir separuh lineup tadi adalah juara Iber Cup 2015 dibawah Lim Teong Kim. Sudah 2 tahun lebih dibawah program NFDP ni. ada improvement? Banyak longball, misplaced pass, lack football intelligence, late decision making. Memang la ini skuad B tapi itu bukan alasan,” katanya.
“Hopefully coach2 boleh review game plan. Banyak sangat long ball tak accurate dan individual skill walaupun team mates available. ” kata Saufiq Sahari.
“Skil nampak seimbang, tapi masih ada stigma Thailand better than us. Permainan perlu lebih matang, more team work and less individu attempt,” pendapat daripada seorang doktor, Dr. Shah.
“According to LTK, his boys were trained by playing from the back with more organize attacking style but tonight I saw that’s plenty of long balls kicking from the back to front,” kata Chian Ken
“Dalam buku falsafah nfdp yang dalam bentuk pdf tu sy pernah baca dna untuk negara kita adalah 4-4-2 diamond ketika menyerang dan 4-5-1 ketika bertahan. Dan ada tulis kat buku tu passing adalah Mixed. Iaitu pendek ketika build in dari bawah atau long ball ketika counter-attack. Itu yang sy baca masa tahun 2014 dulu,” pendapat daripada Faiz Akmal.
Difahamkan barisan pemain yang dibawa ke kejohanan ini ialah skuad B di bawah bimbingan Raja Azlan Shah. Skuad A di bawah bimbingan bekas jurulatih remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim dipersiapkan untuk kelayakan AFC U16 yang akan berlangsung di Indonesia pada 20 hingga 24 September 2017. Malaysia diundi dalam group J bersama Jepun, Guam dan Singapore.
Untuk kejohanan AFF U15, Malaysia bakal bertemu pasukan Australia dalam perlawanan penentuan tempat ke 3 & 4 pada hari sabtu ini. Manakala satu lagi perlawanan akhir menyaksikan juara Kumpulan B, Vietnam berentap dengan juara kumpulan A, Thailand pada hari yang sama.
Sumber : FOOTBALL TRIBE