RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 20 Julai 2017

KAFA Membuat Rombakan Dan Umunkan Status Zahasmi Dan Gonzales

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan perubahan struktur barisan pengurusan dan kejurulatihan The Red Warriors bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, rombakan tersebut dilakukan setelah mengambil kira pandangan penyokong selain nasihat daripada penasihat persatuan, Tan Sri Annuar Musa.

“Zahasmi Ismail yang merupakan ketua jurulatih diberi tanggungjawab penuh untuk mengendalikan pasukan manakala kedudukan Alfredo Gonzales selaku pengarah teknikal pasukan dikembalikan kepada jawatan asalnya iatu pengarah teknikal persatuan.

“Kafa juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Afandi Hamzah selaku pengurus baharu dan rombakan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sumber : SINAR HARIAN