RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 23 Julai 2017

Inilah 10 Pemain Muda Kedah Bakal Mengegarkan Bolasepak Kedah

Image result for pemain muda kedah
Pemain muda Kedah beruntung kerana sejak dari dulu lagi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sentiasa menyokong polisi penggunaan pemain muda dalam pasukan senior.
Maka tak hairanlah Kedah dikenali oleh peminat bola sepak Malaysia sebagai ‘kilang penghasilan’ pemain muda berbakat untuk skuad kebangsaan.
Dipetik dari Semuanya Bola menyenaraikan 10 pemain muda Kedah berbakat besar (selain Farhan Roslan yang sudah terkenal) ketika ini untuk anda kenal.

1. Syafiq Ahmad

Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my
Tarikh lahir: 28 Jun 1995 (21 tahun)
Asal: Sungai Ara, Pulau Pinang
Posisi: Penyerang
Dilahirkan di Pulau Pinang tetapi membesar di Kedah, Syafiq Ahmad merupakan produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kedah (SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman).
Mula dipromosi ke skuad senior Kedah pada musim 2015 bersama Farhan Roslan dan Syazwan Tajudin, Syafiq kerap diberikan peluang bermain – sebagai penyerang gantian – oleh Tan Cheng Hoe.
2. Syazwan Tajudin
Tarikh lahir: 7 Januari 1994 (22 tahun)
Asal: Alor Setar, Kedah
Posisi: Pertahanan (tengah, kanan, kiri), defensive midfielder
Kerap diusik rakan sepasukannya kerana begitu disayangi Tan Cheng Hoe sehingga mendapat nama panggilan ‘Syazwan Tan’, pertahanan versatil ini merupakan pemain utama Kedah dalam kempen Liga Perdana 2015 – di mana Kedah bergelar juara liga.
Bagaimanapun perkembangan karier Syazwan terganggu seketika angkara kecederaan ACL pada April 2016. Kecederaan beliau kini sudah pulih.
3. Abdul Halim Saari

Sumber: Sinar Harian
Tarikh lahir: 14 November 1994 (22 tahun)
Asal: Kulim, Kedah
Posisi: tengah
Bagi pemain muda yang biasa, mereka mungkin akan terkulai jika Tan Cheng Hoe meminta mereka mengubah nasib pasukan ketika final Piala Malaysia. Di depan 80,000 penyokong pula. Tetapi Abdul Halim Saari bukan pemain muda biasa-biasa.
Sebaik adik Ahmad Fauzi Saari ini dimasukkan, Kedah terus mengubah nasib Kedah seperti yang dilaporkan dalam analisis taktikal kami untuk perlawanan ini.
4. Ariff Farhan

Sumber: Official Kedah FA
Tarikh lahir: 14 Julai 1996 (20 tahun)
Asal: Pokok Sena, Kedah
Posisi: tengah, pertahanan (kiri, kanan)
Ketika kami menemuramah Liridon Krasniqi tentang 11 pemain idamannya, Ariff Farhan masuk dalam senarai pemain paling digemari tonggak import Kedah tersebut.
Mula mencipta nama selepas memecah rekod Hariss Harun sebagai pemain termuda yang bermain di S-League (16 tahun) ketika beraksi bersama Harimau Muda A, Ariff kini berpeluang mencipta nama bersama skuad senior Kedah pula.
5. Asri Mardzuki

Sumber: The Star Online
Tarikh lahir: 12 Mei 1994 (22 tahun)
Asal: Sik, Kedah
Posisi: bek kiri
Asri Mardzuki merupakan produk skuad Harimau Muda A yang bersaing dalam S-League pada musim 2015. Kental bertahan, pemain muda Kedah ini juga mempunyai teknik sepakan percuma yang bagus.
Peminat bola sepak tempatan mungkin lebih mengingati aksi kurang memberansangkannya menentang Azamuddin Akil ketika Piala Sumbangsih 2017. Sejak perlawanan tersebut, tempatnya diambil alih oleh Fitri Omar. Tetapi Asri masih mempunyai masa untuk membuktikan kemampuannya.
6. Osman Yusoff

Sumber: Terengganu Times
Tarikh lahir: 17 Mac 1994 (22 tahun)
Asal: Alor Setar, Kedah
Posisi: pertahanan tengah
Produk skuad Piala Presiden Kedah ini merupakan salah seorang daripada 4 pemain muda Kedah yang dipilih menjalani latihan di Cardiff City FC semasa Januari 2015.
Sekembalinya beliau dari Cardiff, Osman disuruh oleh Tan Cheng Hoe untuk menggantikan Bang Seung-Hwan yang digantung 2 perlawanan semasa kempen Piala Malaysia 2015. Persembahan bagusnya mendapat perhatian media (dan Nurshahrul Idlan Talaha yang pernah bertindak memijak kakinya selepas frustdikawalnya).
7. Syawal Nordin

Gambar oleh: Rizanizam/asiana.my
Tarikh lahir: 25 Mac 1993 (21 tahun)
Asal: Baling, Kedah
Posisi: pertahanan tengah
Baru berusia 21 tahun, bekas kapten Harimau Muda A ini sudah pun memaksa kapten Kedah, Khairul Helmi Johari memanaskan bangku simpanan selepas berjaya meyakinkan Tan Cheng Hoe untuk menjadi pemain kesebelasan utama.
Turut dikurniakan bakat kepimpinan, Syawal turut dilihat sebagai pewaris jawatan kapten Kedah. Malah Tan Cheng Hoe turut pernah menjadikan beliau kapten Kedah dalam beberapa perlawanan pra-musim tahun ini.
8. Syazuan Hazani

Sumber: Official Kedah FA
Tarikh lahir: 27 Jun 1994 (22 tahun)
Asal: Langkawi, Kedah
Posisi: penyerang
Jarang-jarang bakat Kedah datang dari Langkawi. Tetapi Syazuan Hazani atau mesra dipanggil Boy adalah salah satunya.
Mula mengasah bakat bersama skuad Piala Presiden ATM sebelum pulang ke Kedah, Tan Cheng Hoe menyedari potensi pemain muda Kedah ini dengan mempromosinya ke skuad utama pada musim 2016.
Firasat Cheng Hoe mungkin betul kerana Syazuan membuktikannya dengan menjaringkan gol ketika perlawanan persahabatan Kedah menentang pasukan Chinese Super League – Hebei Fortune.
9. Hanif Mat Dzahir

Sumber: Football Malaysia LLP
Tarikh lahir: 15 Januari 1994 (22 tahun)
Asal: Sungai Tiang, Kedah
Posisi: tengah
Pemain muda Kedah ini juga merupakan produk SSBJ. Mula mengasah bakat bersama skuad Harimau Muda C dan B, Hanif Mat Dzahir kemudiannya dipromosikan ke skuad senior oleh Tan Cheng Hoe semasa kempen Liga Perdana 2015.
Kini dengan kehadiran Amirul Hisyam dan Akram Mahinan di tengah, Hanif mendapati peluang bermainnya agak terhad.
10. Akhyar Rashid

Sumber: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –
Tarikh lahir: 1 Mei 1999 (18 tahun)
Asal: Alor Setar, Kedah
Posisi: sayap
Ketika ini produk SSN Kedah (SMK Tengku Anum Tunku Abdul Rahman) ini dikenali kerana statusnya sebagai adik Rafdi Rashid, penyerang lagenda Kedah era lewat 90-an.
Tetapi jika Akhyar berjaya memnuhi potensi besarnya, pemain muda Kedah ini pasti mampu mencipta namanya sendiri. Pernah dihantar oleh Kedah untuk berlatih di Cardiff City FC seawal usia 15 tahun, Akhyar kini bermain dalam skuad Piala Presiden Kedah.
SUMBER PENUH : SEMUANYA BOLA