RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 22 Julai 2017

BERITA BUAT PENYOKONG KELANTAN SEBELUM MENGHADAPI SELANGOR FA

BERITA BUAT PENYOKONG KELANTAN SEBELUM MENGHADAPI SELANGOR FA

1. Perlawanan Kelantan FA menentang Selangor FA malam ini siaran langsung dibatalkan kerana lampu limpah di stadium selayang tak ok dan digantikan dengan siaran langsung T-Team vs JDT malam ini, mungkin ada live stream di facebook atau di blog namun 50/50 bergantung situasi pada malam ini.

2. Kali terakhir Kelantan FA bertemu Selangor iaitu pada 25 Februari di Kota Bharu, Di mana perlawanan tersebut tuan rumah (Kelantan) dikecewakan 2-0.

3. Zahasmi Ismail kembali berkuasa malam ini selepas KAFA menerima nasihat daripada Tan Sri Annuar Musa dan para penyokong mendesak KAFA membuat rombakan untuk mengembalikan semula tugas mengendalikan pasukan dan mengatur taktikal kepada Zahasmi Ismail



Related image
4. Alfredo Gonzales hanya memegang jawatan pengarah teknikal sahaja apabila jawatan pengurus diambil alih Dato Seri Afandi Hamzah

5. Zahasmi Ismail mahu waspada 4 pemain selangor iaitu Andik, Veenod, Amri dan Mod Raimi dan mengakui pertemuan menentang Selangor bakal sengit malam ini


6. Zahasmi Ismail mengakui tidak banyak perubahan senarai pemain kerana beliau berpuas hati dengan persembahan anak buah beliau dan kemungkinan hanya melibatkan 2 pemain sahaja berubah untuk perlawanan malam ini.

7. Badhri Radzi dan Khairul Fahmi masih ditimpa kecederaan sekaligus Ramadhan sekali lagi memegang tanggungjawab besar sebagai goalkeeper utama malam ini, Danial Ashraf turut tidak dapat diturunkan apabila bersama skuad kebangsaan B-23 untuk Kelayakan Piala Asia 2018.


8. Faris Shah pemain muda pertahanan Kelantan masih tidak dapat diturunkan namun pemain ini mengatakan tidak sabar mahu diturunkan bersama pasukan Kelantan terutama dihadapan penyokong Kelantan selepas Kelantan berjaya menewaskan 3-1 menentang Kedah.


9. Rata-Rata Penyokong Kelantan tidak kurang senang dengan sikap pemain kelahiran Lubnan iaitu Bako dan penyokong menasihati beliau di instagram supaya bekerjasama dalam pasukan dan jangan memegang bola agak terlalu lama untuk supaya mengeratkan semangat dalam pasukan.


10. Alessandro Celin terus diberikan kepercayaan oleh Zahasmi Ismail dibawa ke Stadium Selayang malam ini dan Gandingan barisan hadapan dijangka iaitu Khairul Izuan - Norfarhan (jika fitness lepas sebelum match) - Bako menjadi taruhan di bahagian serangan untuk membolosi pintu gol selangor.



Image result for bojan hodak
11. Bekas Jurulatih TRW iaitu Bojan Hodak kembali ke Malaysia apabila beliau dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan B19 



Image may contain: 2 people, shoes and text
Gambar :TRWFC

12. Barisan pemain Kelantan FA memanaskan badan dan berlatih ringan di ruangan hotel penginapan sebagai persediaan bertemu Selangor malam ini