RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 15 Julai 2017

BERITA BUAT PENYOKONG KELANTAN SEBELUM MENGHADAPI PERAK FA

BERITA BUAT PENYOKONG KELANTAN SEBELUM MENGHADAPI PERAK FA

1. Perlawanan Kelantan FA menentang Perak FA malam ini tiada siaran langsung di TV, mungkin ada live stream di facebook dan di blog. 50/50 bergantung situasi pada malam ini.

2. Kali terakhir Kelantan FA bertemu Perak FA iaitu pada 1 Mac di Ipoh, Di mana perlawanan tersebut tuan rumah dikecewakan 4-2, Terima kasih atas jasa gol Ghaddar pada perlawanan tersebut


Related image
3. Hari ini ulang tahun kelahiran ke 36 buat pemain otai sado iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Pemain negeri kelahiran Melaka antara pemain selalu memberi persembahan 100% setiap kali diturunkan kerana kagum dengan sokongan setia penyokong Kelantan di Stadium.

4. Macam Biasa Alfredo Gonzales individu tidak diingini sebahagian para penyokong Kelantan terus menjadi orang besar dalam membuat keputusan mengatur corak taktikal sambil dibantu Zahasmi Ismail menganalisis semasa perlawanan berlangsung. Adakah malam ini malam terakhir buat beliau? 

5. Alfredo Gonzales dan Zahasmi menafikan dakwaan bahawa mereka berdua tidak bersefahaman dan menegaskan mereka berdua baik-baik saja dan fokus bekerja sama memperbaiki persembahan Kelantan.

6. Senarai 18 Pemain pada malam ini kemungkinan tidak banyak perubahan dan tiada rombakan

7. Kelantan FA beraksi tanpa Kapten Piya kerana kecederaan bahagian pergelangan kaki patah. Manakala, Danial Ashraf selepas menjaringkan gol menentang Myanmar tempoh hari mungkin tidak dapat diturunkan malam ini. 

8. Khairul Fahmi juga diketepikan kerana kecederaan Maka, tanggungjawab sebagai goalkeeper utama Kelantan dipikul Ramadhan yang juga beraksi cemerlang kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya ketika menentang T-Team FC Namun Kelantan tewas 3-1 kepada Titing.

9. Faris Shah atau dipanggil Black masih menjalani proses pemulihan dan dijangka dapat diturunkan dalam bulan Ogos.


10. Setiausaha KAFA, Dato Ismail pandang serius dakwaan Gonzales tiada lesen sah dan KAFA yakin Gonzales memiliki lesen kejurulatihan sah dan mereka juga telah menilai semua dokumen yang dikemukakan Gonzales.

11. KAFA tak pernah abaikan pandangan penyokong namun KAFA harus berbincang dahulu sebelum membuat keputusan seperti penyokong mahukan.

12. Alessandro Celin dijangka menjadi pemain simpanan dan Gandingan Khairul Izuan Rosli - Norfarhan - Bako bakal menjadi taruhan di bahagian serangan.