RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 16 Julai 2017

Bekas SU AFC Kecam FAM 'Memalukan' Sanggup Ambil Perunding Ranking Tapi Gaji Jurulatih Tak Bayar


Bekas setiausaha agung AFC, Dato Peter Vellapan melahirkan kekecewaan beliau dengan kontroversi terbaru yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila badan induk itu gagal melunaskan tuntutan baki gaji lima bekas jurulatih dan pegawai pasukan kebangsaan.

“Sanggup ambil perunding ranking tetapi gaji jurulatih tempatan tak mahu bayar. Betul-betul memalukan,”
katanya kepada Harian Metro.

“Saya sangat terkejut dan ini sungguh memalukan. Mereka (FAM) adalah badan yang seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada semua ahli gabungan tetapi nampaknya, mereka pun teruk juga”


“Macam mana boleh kata tak mahu bayar pampasan gaji sedangkan mereka sendiri yang memecat lima jurulatih itu. 


FAM kena bertanggungjawab dan harus menghormati kontrak. Saya lihat FAM sekarang bukan lagi badan professional tetapi seperti Organisasi amatur yang tidak tahu menguruskan perjalanan persatuan,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, lima bekas jurulatih negara melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kurang professional FAM yang enggan membayar keseluruhan baki gaji sebaliknya hanya membayar sebanyak tiga bulan sahaja.

Lima bekas jurulatih yang menuntut hak mereka ialah bekas jurulatih skuad senior, Hassan Sazali Waras, bekas jurulatih kecergasan, Reuben Jude, bekas penolong jurulatih skuad Malaysia U22,

 Aminuddin Hussin, bekas jurulatih penjaga gol, Megat Amir Faisal dan juga bekas jurulatih kecergasan skuad Malaysia U22, Mashidee Sulaiman.




Dianggarkan jumlah hutang yang perlu dilunaskan oleh FAM kepada mereka berlima ialah sebanyak RM450,000 yang merangkumi baki kontrak antara tujuh hingga sembilan bulan.

Pada bulan April lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memulakan langkah mengecilkan saiz staf kejurulatihan dan pentadbirannya seperti dijanjikan oleh Presiden FAM yang baru, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila memecat 20 pekerja, dengan Penolong Setiausaha Agung, Lazarus Jansen Xavier dan jurulatih dari Jerman, Frank Bernhanrdt dipercayai turut termasuk dalam senarai itu.

Bekas penolong jurulatih skuad Malaysia U22, Aminuddin Hussin akan bawa kes ini ke mahkamah FIFA jika FAM enggan melunaskan baki bayaran gaji mereka.

Sumber : Football Tribe Malaysia / HMETRO