RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 27 Jun 2017

STATUS SEYDI IMAM DAN KESAN BURUK MENANTI TRW



STATUS SEYDI IMAM DAN KESAN BURUK MENANTI TRW

Status Pemain Import Kelantan, Seydi Imam masih menjadi tanda tanya sama ada dapat diturunkan perlawanan menentang Sarawak atau tidak Namun itu semua bergantung rayuan dan dokumen kali kedua KAFA akan dibuat dan dikemukakan kepada pihak FMLLP sama ada diluluskan atau gagal sekali lagi.

Buat masa ini, pemain tersebut masih tidak boleh diturunkan kerana sekatan perpindahan FMLLP masih aktif keatas pasukan Kelantan FA tetapi masih ada harapan kerana pemain itu sudah sign kontrak ketika dalam tarikh window transfer cuma kelulusan ditunda FMLLP sebab masih ada syarat yg belum dipenuhi.

Alessandro Celin masih bersama pasukan Kelantan ketika ini mungkin sebagai pemain backup jika FMLLP tidak meluluskan pendaftaran Seydi Imam ke Pasukan Kelantan.

Merujuk kepada Tan Sri Annuar Musa, Kesan buruk menanti pasukan Kelantan jika FMLLP tetap mengekalkan sekatan perpindahan Seydi Imam sekaligus Kelantan terpaksa menampung gaji Celin dan juga Seydi Imam sekaligus memberi impak buruk kewangan kepada pasukan Kelantan.