RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 28 Jun 2017

Khairul tuntut rakan 'pulun' Bos Gaurus

Related image
ALOR SETAR: Kapten pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari, menuntut rakan sepasukan meneruskan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan pasukan Perak ke Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super Sabtu ini. 

Beliau berkata semua pemain kini giat meningkatkan tahap kecergasan dan stamina selepas kembali berlatih mulai semalam selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri. 

"Saya yakin semua pemain bersedia memulakan cabaran liga musim kedua yang bermula Sabtu ini. 

"Kami mahu kembalikan stamina pada tahap terbaik selepas bercuti hari raya dan melihat kepada latihan semalam, saya yakin pemain kembali bersedia sebelum bermulanya liga pada sabtu ini. 

"Sejak memulakan latihan, semua pemain bersemangat dan ceria memulakan kembali aksi perlawanan bertemu Perak selepas bercuti bersama keluarga masing masing sempena hari raya. 

"Kali terakhir sebelum liga bercuti sebelum bulan puasa lalu, Kedah mengutip tiga mata menewaskan T-Team 3-0 di laman sendiri dan ini sedikit sebanyak memberi semangat untuk pemain meneruskan rentak kemenangan dicari," katanya. 

Pada masa sama, Khairul mengingatkan pasukan Perak kendalian Mehmet Durakovic juga mempersiapkan jentera dengan kemasukan dua pemain import baharu iaitu Gilmar Jose da Silva dan Leandro Dos Santos yang akan mencorakkan gerakan lebih berbahaya. 

Katanya, Kedah seri 1-1 pada aksi Liga Super April lalu di Stadium Perak dan kali ini di Stadium Darul Aman pastinya perlawanan akan menjadi lebih sengit kerana masing-masing mahu kemenangan untuk bawa pulang tiga mata. 

"Saya yakin strategi dan percaturan yang akan dirangka oleh ketua jurulatih Kedah iaitu Nidzam Adzha Yusoff pastinya akan memberi impak berkesan untuk perlawanan Sabtu ini," katanya.

Sumber : Berita Harian