Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan (KCFA) yakin Kelantan mampu beraksi cemerlang sebagai Tuan Rumah di Pusingan Pertama Piala Liga Bola Sepak Cina Malaysia Zon Utara
Presiden KCFA, Chang Song Yee, berkata biarpun diundi bersama Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, faktor kelebihan beraksi di stadium sendiri akan menjadi pembakar semangat anak buahnya memberikan aksi terbaik dalam kejohanan kali ini.
“Memang kita tahu kekuatan pasukan Pulau Pinang yang mempunyai liga mereka sendiri selain kehebatan skuad Selangor dan Kedah Darul Aman. Namun, saya percaya motivasi yang ada dalam kalangan pemain kami.
“Secara realistiknya, saya harap kami mampu mara sehingga ke separuh akhir kerana dalam bola sepak, semua kemungkinan boleh berlaku,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan pasukan Kelantan, Song Yee menjelaskan skuad ini terdiri daripada 23 pemain yang dilatih oleh bekas pemain negeri, Mohd Anizan Daud sambil dibantu Goh Yew Cheng dan Thng Chin Wei.
“Kami sudah seminggu menjalani latihan intensif dan pasukan ini membariskan ramai pemain muda yang berpengalaman luas beraksi dalam Kejohanan Piala Presiden dan Futsal KCFA.
“Lebih menarik, tahun ini kami diperkuatkan dengan dua pemain luar yang cukup berpengalaman yang akan membantu keseimbangan pasukan. Ada juga pemain yang bekerja di Singapura dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut pulang untuk membantu skuad Kelantan kali ini,” katanya lagi.
Pada perlawanan semalam 9hb waktu petang, perlawanan Kelantan menentang Pulau Pinang berakhir dengan keputusan seri 2-2
Kemudian Perlawanan seterusnya Hari ini 10hb Kelantan akan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada jam 4.45 petang.
Gambar Jadual : Kelantan Chinese FA
Sumber : Stadium Astro