RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 21 Jun 2017

Komen Popov & Mckain Selepas TRW Lunas Gaji Tertunggak Pemain Semalam


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM1.5 juta kepada pemain pasukan Kelantan pada Selasa, kata Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa.


Tan Sri Annuar berkata pembayaran tunggakan gaji melibatkan semua pemain senior, belia dan Piala Presiden.

"Pembayaran tunggakan gaji tersebut adalah tunggakan gaji bagi Mei, Jun dan pendahuluan bagi bulan Julai," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa kawasan Parlimen Ketereh di kediamannya di Bukit Marak di sini.

Annuar berkata pembayaran tunggakan gaji itu diharap dapat meringankan bebanan kewangan yang dihadapi pemain terutama bagi membuat persiapan Aidilfitri.

Perkara ini juga menarik perhatian bekas pemain dan bekas jurulatih Kelantan iaitu Johnatan Mckain dan Velizar Popov yang turut memberi komen mengenai berita ini melalui akaun twitter.

Inilah Reaksi dan Komen Mereka :

"Masih Menunggu..." - Velizar Popov

kata-kata Velizar Popov di Twitter menujukkan beliau masih menunggu gaji dari KAFA dan status popov di twitter dibalas Johnatan Mckain.

"Itu menjadikan 2 daripada kita" - Mckain

Kata-kata bekas pemain dan jurulatih Kelantan di twitter menujukkan mereka berdua masih belum menerima gaji tunggakan.

p/s : Mckain dan Velizar Popov salah faham. Semalam Tan Sri Annuar berkata pembayaran tunggakan gaji melibatkan semua pemain senior, belia dan Piala Presiden dan tidak ada menyebut bekas pemain, maka tidak hairan mereka berdua masih menerima lagi. Kelantan sudah dipotong 3 mata dan KAFA sudah serah pelan pembayaran gaji tertunggak kepada FMLLP dan diterima FMLLP. jadi mereka berdua kena haruslah bersabar




Rujukan : MSTAR & Twitter Velizar Popov