RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 1 Jun 2017

“Kalau mahu Guilherme, bayar RM10 juta” - Jurulatih KL sambil nada bergurau

Kuala Lumpur: “Kalau mahu Guilherme, bayar RM10 juta,” kata jurulatih Kuala Lumpur Fabio Maciel Treinador berhubung khabar angin pemainnya, Guilherme De Paula sedang diintai beberapa pasukan.
Walaupun mengaku harga disebut itu hanya gurauan, hakikatnya Fabio memang tidak mahu kehilangan penjaring terbanyak Liga Perdana itu dengan aksinya ditagih untuk sekurang-kurangnya hingga akhir musim 2017.
“Ia (harga) hanya gurauan, jangan pula anda ambil serius,” kata Fabio.
“Tapi, begitulah besarnya nilai Guilherme kepada Kuala Lumpur sekarang. Kalau saya diberi kuasa menentukan, memang tidak akan melepaskan dia kepada mana-mana pasukan walau berapa tinggi sekalipun harga ditawarkan.
“Saya tidak nafikan peranan pemain lain, tapi Guilherme melaksanakan tanggungjawab sebagai penyerang dengan amat baik. Dalam perlawanan bola sepak, gol amat penting dan itu yang diberikan Guilherme kepada kami.












Sumber : Harian METRO